Monday, July 27, 2009

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK YANG BARU.....

27.07.2009
hari ini dalam sejarah.....apabila Yang Dipertuan Agong Malaysia merasmikan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru.....DUN Sarawak adalah Dewan Undangan Negeri yang tertua di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Majlis Umum apabial raja Muda Charles(Johnson) Brooke, atas arahan Raja James Brooke, mengadakan mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867.........Selepas di Bintulu mesyuarat berikutnya diadakan di Sibu pada 1868 dan di Astana Kuching hingga perang Dunia Kedua............sehinggalah sekarang.....bangunan DUN yang lama yang bertapak di Petra Jaya Kuching yang mana tidak dapat menampung jumlah ahli yang bertambah setiap tahun memaksa bangunan DUn yang baru di bina dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia........maka tercatatlah sejarah satu lagi IKON baru untuk Negeri Sarawak Am nya dan bandaraya Kuching Khasnya.......










Wednesday, July 22, 2009

TEMAN SEJATI

Apabila kau ingin berteman,
janganlah pandang pada kelebihannya
Kerana mungkin dengan 1 kekurangan, kau akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman,
janganlah dinilai pada kebaikannya,
Kerana mungkin dengan 1 kelemahannya
kau akan membencinya
Andai kau inginkan teman
jangan diuiji akan ilmunya
kerana apabila dia buntu, kau akan menyisihkannya
Andai kau ingin berteman,
terimalah ia seadanya,
kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia biasa sepertimu jua....
JALINLAH HUBUNGAN KERANA ALLAH.....moga hubungan yang dibina sentiasa diberkati

Monday, July 20, 2009

INTERNATIONAL FITNESS CONVENTION DI PWTC KUALA LUMPUR

18.07.2009

pada jam 8.30am....aku, sis elena n deq-e berlari-lari anak menuju ke PWTC kerana terlewat untuk pendaftaran....setibanya di kaunter pendaftaran, aku terus masuk dalam dewan konvention untuk memulakan acara pertama groove dance....antara aktiviti yang harus dilakukan oleh semua peserta konvention adalah:
1. groove dance
2. latin in the house
3. cha-cha
4. hip-hop
5. belly dance
6. step board in the haouse
semua kategori fitness yang dipersembahkan oleh instructor luar negara (brazil, jerman, italy)adalah untuk mendapatkan idea-idea baru kepada instructor2 dari malaysia yang mana akan membawa evolution kepada seni aerobik tanah air.....wah....memang penat tak terkata.....
secara keseluruhannya sarawak team memang hebat-hebat belak....apa tidaknya.....apabila diumumkan oleh pengacara majlis bahawa semua sarawak team dapat best performance n best attire dalam majlis konvention tersebut.......aku dan busman ada lagi acara yang dirangkul iaitu top 3 box office international fitness convention the best among the best performance....wow....tak sangka aku yang pertama kali menyertai konvention ini...dapat gelaran top 3 peserta terbaik........

snappy bersama instructor dari brazil
kepenatan....baring atas katil di Kondo Putra Villa...kondo sis elena depan PWTC jer......

dari airpot kuching....menggalas beg hiking untuk menyahut cabaran international fitness convention....bersemangat nak jadi peserta terbaik.....